PRN Johor: Bersatu konsisten bertanding logo PN

PRN Johor: Bersatu konsisten bertanding logo PN

Sahruddin Jamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) konsisten untuk bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan parti komponen lain dalam PN, termasuk parti pakatan (electoral pact) seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Katanya lagi, bagaimanapun, Bersatu masih menunggu keputusan Pas sama ada ingin memperkukuh kerjasama dalam PN atau sebaliknya.

“Untuk saya di pihak Bersatu, kami akan memperkasakan PN dan kami sudah mengadakan perbincangan bersama parti komponen PN termasuk Gerakan, MIPP, serta electoral pact kami iaitu Muda dan Pejuang dalam mendepani PRN Johor.

“Cuma untuk Pas, kami me­nunggu keputusan mereka kerana mesyuarat Pas Pusat akan diadakan pada esok (hari ini) Jadi kita akan tunggu respon mereka,” katanya ketika dihubungi.

Minggu lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan membuat keputusan berhubung kerjasama dengan Bersatu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.

Mengulas lanjut, Sahruddin turut berkata, gerak kerja di pihak jentera sudah pun dimulakan dengan kali ini Bersatu menyasarkan untuk bertan­ding 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ya, kami di Bersatu akan bertanding 20 kerusi dan ke atas maka sebab itu jentera kami sudah pun digerakkan daripada awal di kawasan yang kami sasarkan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN