PASIR PUTEH: Kecacatan pada tangan kiri akibat kemalangan hampir 20 tahun lalu tidak pernah menjadi alasan buat seorang atlet para Kelantan untuk berputus asa mencari rezeki demi menyara keluarga. Mohd. Norsolihin Mat Said, 42, yang merupakan pemain ping pong kategori T9 mengakui perlu melakukan pelbagai kerja kampung walaupun berstatus orang kurang upaya (OKU). Anak jati Kampung Alor Hijau Bukit Tanah, Selising di ini itu berkata, dia mengambil upah melakukan kerja…










