Terlalu ramai mahu jadi Perdana Menteri punca Melayu berpecah

Terlalu ramai mahu jadi Perdana Menteri punca Melayu berpecah

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepenti­ngan peribadi yang mendorong perjuangan politik seseorang pemimpin menjadi penyebab utama kaum Melayu berpecah dan tidak dapat bersatu.

Ahli politik veteran dari UMNO, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemimpin Melayu seharusnya memperjuangkan isu yang membelenggu kaum dan me­nuntut penyelesaian tuntas.

“Faktor utama (perpecahan) adalah terlalu ramai pemimpin veteran Melayu hendak jadi Perdana Menteri atau mempunyai agenda peribadi dan parti politik Melayu mengejar kuasa berbanding memperjuangkan isu yang dihadapi orang Melayu.

“Orang Melayu hadapi ba­nyak isu yang perlu diperjuangkan seperti agama, pendidikan, perniagaan. Apabila ini tidak diketengahkan, ramai orang Melayu rasa tersisih kecuali mereka yang rapat de­ngan kerajaan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pen­yatuan dalam kalangan orang Melayu amat dikehendaki dan perlu dilihat dalam konteks lebih besar walaupun masing-masing berbeza fahaman politik.

Katanya, sesuatu cada­ngan atau dasar yang baik tidak wajar ditolak hanya kerana ia dibawa oleh parti politik tertentu sebaliknya perlu dinilai berdasarkan kesan positif kepada rakyat dan masa depan negara.

Raja Nong Chik yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, pemimpin Melayu terlalu asyik bergaduh sesama sendiri dan mengejar populariti dalam kalangan rakyat.

“Sebaliknya semua perlu fokus kepada isu-isu utama seperti peluang pekerjaan untuk anak muda Melayu yang saya lihat kini kurang dan tidak sesuai dengan kelayakan mereka serta jauh dari tempat tinggal.

“Semua pemimpin Mela­yu perlu bersatu untuk memastikan masalah-masalah membabitkan kaum kita dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN