PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat dakwaan sebuah syarikat tempatan dan beberapa individu menerima dana asing bagi menggerakkan propaganda politik yang boleh mengancam kestabilan negara. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mendakwa, dana itu untuk menjalankan aktiviti politik termasuk operasi media sosial serta mobilisasi protes jalanan bagi mewujudkan sentimen antikerajaan atas nama demokrasi dan hak asasi manusia. Katanya, alasan…










