Rafizi hadir di pejabat SPRM, beri keterangan selama lapan jam

Rafizi hadir di pejabat SPRM, beri keterangan selama lapan jam

RAFIZI Ramli melambai ketika hadir bersama peguamnya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama lima peguamnya tiba di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Rafizi hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewe­ngan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan sya­rikat ARM Limited UK dalam perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

Menurut Rafizi, siasatan tersebut berkait dengan dakwaan yang dikemukakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perjanjian usaha sama antara kerajaan dan syarikat pembuat cip yang didakwa dibuat secara tergesa-gesa.

“Saya akan masuk memberi keterangan tanpa peguam kerana kami tiada apa-apa untuk di­lindungi,” katanya kepada media di sini, semalam.

Tambahnya, beliau tidak dapat mengulas lanjut berhubung kes tersebut kerana perkara itu tertakluk kepada siasatan SPRM.

Beliau kemudian memasuki bangunan SPRM pada pukul 9.43 pagi.

Dalam pada itu, kehadirannya disambut kira-kira 50 penyokong yang mula berkumpul di kawasan tersebut seawal pukul 9 pagi. Turut hadir, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen bagi memberi sokongan.

Sehingga kini, sebanyak 22 keterangan diambil termasuk dalam kalangan Menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan 13 Februari 2025.

Rafizi dilihat keluar me­ninggalkan Ibu Pejabat SPRM pada pukul 6.50 petang selepas memberi keterangan selama lapan jam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN