PETALING JAYA: Sebarang usaha memberikan perlindungan undang-undang yang sama kepada pasangan yang tinggal sebumbung tanpa nikah akan meruntuhkan institusi kekeluargaan di negara ini. Sehubungan itu, kerajaan tidak wajar meminda Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521) bagi memasukkan perlindungan terhadap pasangan intim (IPV) yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, amalan tinggal sebumbung tanpa ikatan yang sah tidak wajar digalakkan apatah…










