Makanan ternakan naik, peniaga dilema tetapkan harga ikan sangkar

Makanan ternakan naik, peniaga dilema tetapkan harga ikan sangkar

MOHD. Ali Mat Isa menunjukkan ikan tilapia yang dijual pada harga RM22 sekilogram walaupun kos pengurusan meningkat akibat kenaikan harga diesel di Kampung Jerantut Feri di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Harga makanan ikan patin dan tilapia yang naik mendadak ekoran kenaikan harga diesel menyebabkan penternak dan penjual hasil ternakan itu di Sungai Pahang di daerah ini, mula tertekan serta serba salah mengenai penetapan harganya.

Penternak dan penjual ikan sangkar Kampung Jerantut Feri, Mohd. Ali Mat Isa, 48, berkata, harga satu beg makanan ikan seberat 20 kilogram kini mence­cah RM90 berbanding sebelum ini cuma antara RM80 hingga RM84.

“Sejak kenaikan minyak diesel, harga makanan ikan melambung lapan peratus yang menyebabkan kalangan penternak dan penjual tertekan daripada segi kewangan.

“Mahu tidak mahu saya terpaksa berbelanja hampir RM10,800 sebulan menyediakan 120 beg makanan untuk 60,000 ekor peliharaan ikan patin dan tilapia di 15 buah sangkar di Sungai Pahang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Mohd. Ali, berban­ding sebelum kenaikan harga diesel, dia cuma berbelanja RM9,600 untuk 120 beg makanan ikan dalam tempoh sebulan.

“Selepas kenaikan diesel, se­tiap minggu saya berbelanja 30 beg makanan dengan harga RM2,700 ditambah mengupah pekerja melibatkan pengurusan keseluruhan meningkat hampir RM3,500,” katanya.

Dia berkata, bagaimanapun harga sekilogram ikan patin dan ikan tilapia di gerainya terletak di pekan Jerantut Feri masih kekal RM22 sekilogram selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel.

Dalam pada itu, Mohd. Ali memberitahu, dia juga ber­de­pan dengan kenaikan kos upah pengangkutan untuk menghantar ternakan komersial itu ke Lembah Klang dan tempat lain.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN