Lelaki dari tinggalkan 20 ekor lembu seludup dari Thailand

Lelaki dari tinggalkan 20 ekor lembu seludup dari Thailand

ANGGOTA TDM bersama lori dan lembu yang dirampas dalam serbuan di Rantau Panjang, Kelantan semalam.-IHSAN TDM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan 20 ekor lembu seludup dari Thailand selepas diserbu anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam.

Serbuan pukul 6.45 petang itu dilakukan sepasukan anggota selepas mengesan pergerakan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan berhampiran kawasan Sungai Golok di sini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini berkata, semasa serbuan dilakukan seorang lelaki warga tempatan telah bertindak melarikan diri dengan meninggalkan lori tersebut bersama muatannya bagi mengelakkan ditahan pasukan operasi.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan telah menjumpai 20 ekor lembu yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Selain itu pasukan operasi trut merampas sebuah lori jenis Isuzu seberat 3 tan yang digunakan untuk mengangkut ternakan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM225,000.

Katanya, TDM akan terus mengetatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN