KUALA LUMPUR: Malaysia membantah keras tindakan Norway membatalkan saat akhir lesen eksport sistem peluru berpandu anti kapal (NSM) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Bantahan itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre kelmarin. Susulan itu, kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti tindakan undang-undang dan tuntutan terhadap syarikat Norway ekoran pembatalan kontrak berkenaan. Perdana Menteri berkata, alasan pembatalan lesen eksport…









