Gadis maut ditikam: Dua suspek tiba untuk disambung reman

Gadis maut ditikam: Dua suspek tiba untuk disambung reman

KEDUA-dua suspek tiba untuk mendapatkan perintah sambung reman di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua suspek kes pembunuhan kejam seorang gadis yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah sambung reman hari ini.

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, tempoh reman terhadap dua suspek kes pembunuhan kejam seorang gadis yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah, Ketereh dekat sini dijangka disambung selepas tamat esok.

Terdahulu, kedua-dua lelaki berusia 19 tahun direman selama tujuh hari bermula 2 Mei lalu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan sebelum pendakwaan dilakukan.

Sebelum itu, polis menemukan 61 kesan tikaman pada badan gadis yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah.

Maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal dilakukan oleh pasukan forensik bermula dari bahagian muka sehingga kaki.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN