Empat kapal Malaysia tunggu giliran lepasi Selat Hormuz

Empat kapal Malaysia tunggu giliran lepasi Selat Hormuz

IKMAL AZAM THANARAJ ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua daripada tujuh buah kapal milik Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz telah tiba di negara ini bulan lalu selepas dilaporkan terkandas susulan situasi tegang di Asia Barat sejak Mac.

Dua kapal yang membawa muatan bahan api itu adalah Ocean Thunder yang tiba di Pengerang, Johor pada 18 April lalu manakala satu lagi kapal iaitu Serifos tiba pada 21 April di Melaka.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah berkata, empat lagi kapal kini sedang me­nunggu giliran dan pelepasan operasi untuk meneruskan pelayaran dari kawasan terlibat.

Satu lagi kapal pula ditahan di Pelabuhan Hamriyah berikutan isu teknikal yang memerlukan pemeriksaan.

“Proses pergerakan kapal masih tertakluk kepada kawalan keselamatan arahan pihak berkuasa pelabuhan serta kea­daan operasi semasa di laluan strategik berkenaan.

“Ia adalah dua kapal membawa minyak mentah, satu gas asli cecair (LNG), satu kapal pipe layer dan kapal sokongan luar pesisir (OSV),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, situasi semasa masih terkawal namun terus dipantau secara rapi berikutan gangguan operasi pelabuhan dan faktor keselamatan di laluan strategik tersebut.

Jelasnya, semua kru kapal terbabit dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan pengurusan kapal sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan isu ber­kenaan secepat mungkin.

“Keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan anak kapal selain setiap pergerakan dilakukan mengikut penilaian risiko dan prosedur keselamatan antarabangsa,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN