Dua gerabak LRT tergelincir kembali ke landasan - Utusan Malaysia

Dua gerabak LRT tergelincir kembali ke landasan

DUA gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang-Sri Petaling yang tergelincir sebelum ini berjaya dikembalikan semula ke landasan - FACEBOOK RAPID KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lagi gerabak tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang-Sri Petaling yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin berjaya dikembalikan semula ke landasan, awal pagi tadi.

Rapid KL berkata, pasukan teknikal juga telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan baki gerabak dapat dibawa ke depoh dengan selamat.

“Awal pagi ini menyaksikan dua lagi gerabak berjaya diangkat dan dikembalikan ke landasan.

“Pemeriksaan menyeluruh kemudian dilaksanakan pasukan teknikal demi memastikan baki gerabak boleh dibawa ke depoh dengan selamat menggunakan trak utiliti mengikut jadual pada awal pagi Isnin,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Semalam, akhbar ini melaporkan, empat gerabak tren berkenaan berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke depoh untuk pemeriksaan lanjut.

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling yang terjejas susulan insiden tren tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin itu dijangka beroperasi semula sepenuhnya Rabu ini.

Mengulas lanjut, Rapid KL berkata, kerja-kerja pembaikan kabel kuasa dan komponen penting landasan yang terlibat kini sedang giat dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN