Budak lima tahun hidap tujuh penyakit

Budak lima tahun hidap tujuh penyakit

ROSMAWATI Mohd. Salleh bersama Muhammad Fayyad Iman Kamarul ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Bukit Payung, Besut, Terengganu. – UTUSAN / WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Kehidupan sepasang suami isteri di Kampung Bukit Payung di sini diuji apabila anak bongsu mereka disahkan menghidap penyakit jarang jumpa iaitu sindrom Moebius – Poland atau kelainan perkembangan saraf wajah dan otot dada.

Sejak lahir, Muhammad Fayyad Iman Kamarul, 5, perlu dirawat selama lima bulan dalam jagaan hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah, namun pada 2023 kesihatannya merosot sehingga ditidurkan selama lapan hari bagi merehatkan paru-parunya selepas ter­kena jangkitan kuman.

Dia turut mengidap enam lagi penyakit iaitu masalah paru-paru kronik, lelangit berlubang, tulang belakang bengkok, masalah penghadaman dengan hanya mampu minum susu melalui saluran tiub di perut, gangguan saraf kaki serta rabun mata yang tiada air mata keluar sejak lahir.

Lebih perit, ibu bapa kanak-kanak itu, Rosmawati Mohd. Salleh, 44, dan Kamarul Ariffin, 49, tidak lagi mampu bekerja selepas mengalami kecederaan akibat terlibat dalam dua kemalangan jalan raya berbeza.

Rosmawati berkata, Muhammad Fayyad Iman yang merupakan anak bongsunya terkena jangkitan kuman ketika berusia lapan bulan di dalam kandu­ngan dan disahkan menghidap penyakit jarang dijumpai itu sebaik sahaja dilahirkan.

“Ketika diberitahu oleh doktor anak saya terkena jangkitan kuman ketika dalam kandungan, saya tidak menyangka ia menyebabkan penyakit tersebut dan perlu menanggung sepanjang hidupnya,” katanya di Kampung Bukit Payung.

Menurut Rosmawati, Muhammad Fayyad Iman perlu mendapatkan rawatan berkala di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) bagi memastikan tahap kesihatannya dalam kea­daan terbaik.

Katanya, dia terlibat dalam kemalangan motosikal minggu lalu ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut untuk menjaga Muhammad Fayyad Iman.

Katanya, suaminya pula terlibat kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu dan tidak mampu melakukan kerja berat ekoran kecederaan di bahagian paha dan lutut kanan.

Menurutnya yang mempu­nyai lima anak berusia antara lima hingga 21 tahun, keluar­ganya kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan bantuan sekali bayar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Orang ramai yang ingin me­nyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demi­kian melalui akaun CIMB Bank 7007805080 (Rosmawati) atau menghubungi nombor telefon 011-10879315.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN