Bertahan di Pulau Tenggol demi pelancong muslim

Bertahan di Pulau Tenggol demi pelancong muslim

RUBI Ahmad ( berdiri, lima dari kanan) semasa sesi libat urus bersama penggiat pelancongan Pulau Tenggol, pengusaha resort serta komuniti penyelam di Kapal Tenggol Dive Lodge, Dungun, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Keprihatinan terhadap keperluan pelancong muslim mendorong sebuah resort milik pasangan Melayu terus bertahan sebagai satu-satu­nya pengusaha tempatan yang masih beroperasi di Pulau Tenggol, di sini.

Bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Rubi Ahmad berkata, beliau bersama suaminya mengusahakan Kapal Tenggol Dive Lodge bagi menyediakan pilihan penginapan yang mesra muslim di pulau ber­kenaan.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan pelancong Melayu dan Islam tidak berdepan kekangan terutama daripada segi penyediaan makanan serta kemudahan patuh syariah.

“Ia bagi memastikan pela­n­cong tidak berdepan kebimba­ngan daripada segi makanan serta kemudahan.
“Kami melakukan usaha ini untuk membantu pelancong muslim mendapatkan persekitaran yang lebih selesa dan patuh syariah,” katanya pada sesi libat urus bersama penggiat pelanco­ngan Pulau Tenggol, pengusaha resort serta komuniti penyelam di Kapal Tenggol Dive Lodge.

Menurut Rubi, perubahan landskap ekonomi semasa memberi tekanan kepada pe­ngusaha kecil untuk terus bertahan dalam industri pelanco­ngan.

Katanya, antara cabaran utama adalah kekangan tanah dan ruang operasi yang kebanyakannya disewa sekali gus menyebabkan kawasan perniagaan semakin terhad selain kos operasi meningkat.

“Bagi terus bertahan, kami merancang membangunkan konsep penginapan glamping menggunakan khemah yang fleksibel namun belum mendapat kelulusan,” ujarnya.

Beliau berharap kerajaan dapat membantu pengusaha tempatan khususnya bumiputera supaya terus kekal dalam industri berkenaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN