KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu dalam kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Semakan pada sistem mahkamah menunjukkan bahawa permohonan itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 19 Jun ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Mahyudin Mohmad Som secara sidang video. Bukti baharu itu membabitkan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama penuhnya, Low Taek Jho dan bekas…










