KUALA PILAH: Penduduk Kampung Ulu Inas, Johol berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air mineral selepas telaga tiub yang dibina 11 tahun lalu rosak dan tidak dibaiki hampir setahun walaupun aduan telah dikemukakan kepada pihak berkaitan. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Ulu Inas, Wanlah Wankih berkata, kerosakan itu merupakan kali kedua berlaku selepas sebelum ini kerosakan kerana digigit tikus. Katanya, dua tahun lalu, mereka ada datang baiki sekali…










