Santuni pelajar Orang Asli cemerlang SPM

Santuni pelajar Orang Asli cemerlang SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pahang Orang Asli Corporation (ORACO) terus memperkukuh agenda pembangunan pendidikan apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk  Muhammad Olian Abdullah, hadir menyantuni pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, di Temerloh Pahang, baru-baru ini.

Sesi pertemuan khas di Pahang Corporate Management Service (PCMS) itu menghimpunkan pelajar yang memperoleh keputusan 8A dan 9A.

Dalam pertemuan itu, beliau turut meluangkan masa mendengar aspirasi serta hala tuju pendidikan pelajar, di samping menyuntik semangat agar melangkah lebih jauh dalam akademik.

Katanya, usaha memperkasa pendidikan anak Orang Asli sentiasa menjadi keutamaan, termasuk membantu mereka mendapatkan akses ke institusi pengajian tinggi yang bersesuaian dengan minat dan potensi masing-masing.

“Sokongan berterusan daripada pelbagai pihak amat penting bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dan mampu bersaing serta berjaya seperti pelajar lain,” katanya.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa pembangunan modal insan Orang Asli di Pahang, selari dengan hasrat melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN