PN Negeri Sembilan sedia sokong BN

PN Negeri Sembilan sedia sokong BN

MOHAMAD Hanifah Abu Baker (tiga dari kanan) menyerahkan dokumen sokongan PN kepada wakil BN, Mustapha di Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kesemua lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) yang telah menarik sokongan kepada kerajaan negeri. 

Kesediaan sokongan itu dinyatakan dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 1 tengahari tadi. 

Serentak dengan itu, mereka menyerahkan surat kepada UMNO Negeri Sembilan menyatakan kesediaan tersebut selepas sidang akhbar tersebut. 

Ketua pembangkang, Mohamad Hanifah Abu Baker berkata, kesediaan tersebut bertujuan menjamin kestabilan dan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri bagi membangunkan negeri ini dan menjamin kesejahteraan rakyat. 

“Kami, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan PN mengikuti perkembangan krisis kepimpinan kerajaan negeri sejak beberapa minggu yang lalu. 

“Mewakili rakyat Negeri Sembilan, kami kesal kerana krisis ini terus berlarutan dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri sehingga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan terpaksa ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baru. 

“Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Aminuddin Harun gagal menangani krisis ini secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan,” dalam kenyataan yang dibacakan di hadapan para wartawan. 

Selain Mohamad Hanifah sebagai ADUN Labu, yang turut hadir, ADUN Serting, Mohd. Fairuz Mohd. Isa; ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad; ADUN Paroi, Kamarol Ridzuan Mohd. Zain dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria. 

Mohamad Hanifah yang juga Pengerusi PN Negeri Sembilan memberitahu, lima ADUN PN sentiasa meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai agenda perjuangan pakatan pembangkang. 

“Sehubungan itu, lima ADUN daripada PN bersedia untuk bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO BN Negeri Sembilan,” ujarnya. 

Lima ADUN berkenaan kemudian menyerahkan surat menyatakan kesediaan tersebut kepada wakil UMNO iaitu ADUN Palong, Datuk Mustapha Nagoor dan ADUN Johol, Saiful Yazan Sulaiman.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN