Perlis Old School unggul, kembalikan nostalgia bola sepak Perlis - Utusan Malaysia

Perlis Old School unggul, kembalikan nostalgia bola sepak Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar bersama para pemain Perlis Old School dalam aksi persahabatan dengan Bekpes Hot FC di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​KANGAR: Pasukan Perlis Old School yang turut dibarisi para pemain legenda Singa Utara seperti Saidin Osman berjaya menewaskan Bekpes Hot FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi persahabatan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini semalam.

Perlawanan yang berlangsung sengit itu berlarutan sehingga penentuan sepakan penalti selepas kedudukan seri 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Aksi persahabatan tersebut diserikan dengan kehadiran Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemain dan pemenang.

Perlawanan berkenaan juga adalah bersempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, inisiatif penganjuran perlawanan tersebut amat dihargai dalam menyemarakkan lagi sukan di negeri itu.

“Ini menggambarkan bahawa Perlis masih aktif dalam bidang sukan khususnya bola sepak dan ia juga sebagai salah satu acara penutup bersempena sambutan Jubli Perak,” katanya.

​Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak berkata, perlawanan tersebut cukup istimewa kerana ia menjadi medan himpunan semula pemain legenda Perlis.

​”Ia mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan bola sepak Perlis yang banyak melahirkan pemain berbakat.

​”Tuanku Raja Muda Perlis juga sanggup tunggu sehingga perlawanan habis kerana baginda adalah penyokong tegar bola sepak. Kehadiran bekas pemain kebangsaan seperti Zaquan Adha dan Amri Yahyah turut menjadi kenangan hebat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN