Pembekalan senjata kepada AKPS akhir tahun ini

Pembekalan senjata kepada AKPS akhir tahun ini

Senjata AKPS
SAIFUDDIN Nasution Ismail ditemui pada Program Pemuliaan al-Quran di perairan berhampiran Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan dibekalkan senjata sebelum akhir tahun berdasarkan keputusan yang dicapai dalam siri mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara pilihan persenjataan yang diteliti termasuk penggunaan senjata renjatan elektrik (taser gun) dan senjata api ringan seperti pistol.

“Kedua-dua pilihan berkaitan aspek pelaksanaan dan jenis persenjataan itu sedang diperhalusi sebelum dimuktamadkan.

“Dari segi tempoh dan fasa pelaksanaan, kita perhalusi sama ada taser gun atau pistol digunakan dahulu atau dilaksanakan serentak,” katanya selepas merasmikan Program Pemuliaan al-Quran di sini, hari ini.

Februari lalu, akhbar ini melaporkan Kementerian Dalam Negeri menyokong keperluan penggunaan senjata dalam kalangan pegawai AKPS bagi memperkukuh aspek keselamatan ketika melaksanakan tugas di pintu masuk negara.

Mengulas lanjut, kata Saifuddin, kerajaan tidak mahu berlaku sebarang kelewatan dalam pelaksanaan inisiatif itu.

“Saya sudah maklumkan kepada Ketua Setiausaha supaya perkara itu tidak boleh dilengahkan kerana tugas AKPS berdepan berbahaya pelbagai ancaman,” ujarnya.

Tambah beliau, gerak kerja awal telah dimulakan dan pengumuman rasmi berkaitan perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN