Mayat remaja lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat remaja lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau ditemukan

PASUKAN penyelamat mengangkat mayat Muhammad Daniel Haikal Shamsuddin yang ditemukan pukul 4.20 petang hari ini di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang daripada dua remaja yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, Pulau Tawar di sini ditemukan pada pukul 4.20 petang hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa, Muhammad Danial Haikal Shamsudin, 14, dari Felda Jengka 24 ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi dipercayai lemas.

Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa, Muhammad Amirul Ashraf Abdullah, 14, dari Blok 11 yang tinggal bersama datuk dan neneknya.

Kejadian berlaku apabila niat lima sekawan untuk menyejukkan badan bertukar tragedi ketika mandi di Sungai Pahang berhampiran Kampung Durian Hijau, Pulau Tawar petang semalam.

Kedua-dua mangsa merupakan pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 24 serta cucu peneroka Felda Jengka 24. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN