Lelaki milik 13 rekod jenayah lampau cuba bunuh anggota polis ditahan

Lelaki milik 13 rekod jenayah lampau cuba bunuh anggota polis ditahan

SUSPEK yang bertindak agresif dengan cuba membunuh anggota polis berjaya ditahan bersama kenderaannya di tepi sawah, Jalan Masjid Tok Che Dol, Tanah Merah, Kelantan.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang lelaki yang mempunyai 13 rekod jenayah lampau diberkas selepas dipercayai cuba membunuh anggota polis dalam kejadian di tepi sawah, Jalan Masjid Tok Che Dol di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5.57 petang itu, dua das tembakan ke arah tayar belakang trak pikap terpaksa selepas suspek bertindak agresif dengan cuba melanggar anggota polis ketika cubaan menahannya.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, menyedari kehadiran anggota polis suspek telah bertindak melarikan diri sehingga ke kawasan sawah padi.

“Suspek kemudian secara tiba-tiba telah memberhentikan trak pikap dan bertindak agresif dengan mengundur kenderaan itu pada kelajuan tinggi sehingga melanggar bahagian hadapan kenderaan polis.

“Walaupun telah diarahkan keluar, suspek enggan memberi kerjasama dan cuba melanggar anggota dengan cara mengundurkan trak pikap itu beberapa kali,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, bagi mempertahankan diri, pegawai serbuan mengarahkan seorang anggota melepaskan tembakan ke arah tayar belakang kenderaan suspek.

Katanya, tembakan pertama mengenai tayar kanan belakang dan tembakan kedua mengenai bahagian kiri tayar belakang.

“Suspek masih enggan memberhentikan tindakannya itu. Bagaimanapun, ketangkasan anggota bertugas berjaya menahan suspek tanpa sebarang kecederaan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Mohd. Haki berkata, Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN