Lelaki maut jatuh pokok kelapa setinggi 9.14 meter di Jengka 15 - Utusan Malaysia

Lelaki maut jatuh pokok kelapa setinggi 9.14 meter di Jengka 15

LOKASI seorang lelaki maut setelah terjatuh dari pokok kelapa di Felda Jengka 15 di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari pokok kelapa setinggi kira-kira 9.14 meter ketika memanjat pokok tersebut di belakang sebuah rumah di kawasan Felda Jengka 15, kira- kira pukul 10.30 pagi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mangsa, Abdullah Mohd. Liki, 62, seorang duda anak dua yang berasal dari Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjatuh ketika sedang memanjat pokok kelapa. Rakan mangsa memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku secara tiba-tiba.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kim Wai berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Jengka bersama pasukan siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran bergegas ke lokasi sejurus menerima laporan.

“Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau kesan mencurigakan,” ujarnya.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah pendarahan dalam rongga paru-paru akibat koyakan pada jantung,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN