MARANG: Dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun ketika berusia 18 tahun, seorang bekas banduan kini membina kehidupan baharu sebagai penenun songket selepas dibebaskan pada 2023. Hazli (bukan nama sebenar), 36, bagaimanapun hanya menjalani hukuman selama 13 tahun empat bulan selepas mendapat pengampunan. Katanya, sokongan keluarga menjadi kekuatan utama untuknya berubah malah mereka tidak pernah meminggirkannya sepanjang berada di sebalik tirai besi. “Alhamdulillah, keluarga sentiasa memberi semangat dan datang melawat saya.…










