Data belia tidak bekerja dikumpulkan

Data belia tidak bekerja dikumpulkan

AHMAD Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Ke-7 di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan melaksanakan pengumpulan da­ta secara menyeluruh bagi gol­ongan belia yang tidak bekerja, tidak melanjutkan pelajaran dan tidak mengikuti sebarang latihan kemahiran (NEET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut bertujuan mengenal pasti secara lebih tepat kumpulan belia yang berada di luar sistem pekerjaan dan pendidikan bagi memboleh­kan intervensi bersesuaian dilaksanakan.

Katanya, usaha itu akan digerakkan melalui kerjasama pelbagai kementerian, jabatan serta agensi berkaitan bagi memastikan data yang diperoleh sentiasa dikemas kini dan digunakan dalam me­rangka program pembangunan belia secara lebih berkesan.

“Ia bagi membincangkan da­sar pembangunan belia secara inklusif, bersepadu dan berimpak tinggi, selaras komitmen kerajaan dalam memperkasa generasi muda sebagai pemacu transformasi masa hadapan negara.

“Pelaksanaan pengumpu­lan data profil belia Not in Em­ployment, Education or Trai­ning (NEET) dan inisiatif pemba­ngunan bersepadu oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia bertujuan memperkukuh ekosistem pemba­ngunan belia yang inklusif,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia Ke-7 di Putrajaya semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan hampir sejuta belia dalam kumpulan umur 15 hingga 24 tahun berada di luar arus pendidikan dan pasaran buruh pada setiap tahun.

Survei Tenaga Buruh Jabatan Pe­rangkaan Malaysia me­nun­jukkan, peratusan belia ka­tegori NEET mencatat­kan 10.2 peratus pada 2022 dan meningkat kepada 10.5 peratus 2023 namun menurun 8.7 peratus, tahun berikutnya.

Kadar antara lapan hingga 10 peratus itu bersamaan ratusan ribu individu malah boleh mencecah hampir sejuta belia jika mengambil kira saiz populasi belia sekitar lapan hingga sembilan juta orang bagi tempoh 2022 hingga 2024.

Ahmad Zahid berkata, me­syuarat berkenaan turut mem­bincangkan beberapa pro­gram termasuk usaha memperluas penyertaan belia dalam demokrasi serta memperkasa peranan sebagai agen perubahan dalam ma­syarakat.

Sehubungan itu, Jelajah Kuasa Orang Muda (KOM) akan dilaksanakan dengan pengli­batan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, ke­rajaan komited memastikan agenda pembangunan belia dilaksanakan secara menyeluruh bagi melahirkan generasi muda yang berdaya tahan, berintegriti serta mampu menyumbang kepada kemajuan negara.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×