UMNO Kelantan senarai golongan agama sebagai calon PRU-16

UMNO Kelantan senarai golongan agama sebagai calon PRU-16

AHMAD Jazlan Yaakob (dua kiri) beramah mesra dengan wartawan selepas Majlis Moreh Ramadan Bersama Pengamal Media Kelantan di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: UMNO Kelantan mendedahkan mendedahkan golongan yang mempunyai latar belakang agama turut tersenarai sebagai antara calon bagi mewakili perti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, gabungan muka lama dan muka baharu termasuk golongan muda, wanita serta individu daripada pelbagai latar pendidikan dan perniagaan turut dikenal pasti untuk diketengahkan sebagai calon.

Katanya, kedudukan calon juga akan terus dinilai berdasarkan prestasi kerja serta komitmen mereka menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.

“Kita melihat prestasi dari masa ke semasa. Mungkin hari ini dia berada di ranking pertama, tetapi tiga bulan lagi boleh berubah.

“Saya sudah ada senarai calon setakat ini untuk simpanan saya. Kita meneliti pandangan bahagian dan juga kajian pihak bebas bagi melihat siapa yang lebih layak dan berketerampilan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Moreh Ramadan Bersama Pengamal Media Kelantan di sini, malam tadi.

Ahmad Jazlan memberitahu, bagaimanapun, kuasa pemutus akhirnya terletak kepada Presiden parti dan keputusan tersebut akan dibincangkan kemudian.

Katanya, persediaan awal itu penting supaya parti tidak teraba-raba mencari calon sekiranya pilihan raya diadakan secara mengejut.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan mengakui UMNO masih belum mendapat tempat di hati rakyat bagi mengambil alih kepimpinan negeri walaupun pernah menawarkan pelbagai tawaran.

Bagaimanapun katanya, UMNO sudah memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat negeri ini walaupun mereka adalah pembangkang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN