PATTANI (THAILAND): Hasrat seorang polis berpangkat sarjan mejar untuk pulang berbuka puasa bersama keluarga tidak kesampaian selepas maut ditembak dalam serangan dipercayai didalangi kumpulan pemisah di Mukim Trobon, Daerah Saiburi, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Sarjan Mejar Anuwat Totam, 43, yang juga Ketua Skuad Unit Operasi Khas Balai Polis Saiburi, ditembak di hadapan sebuah bengkel mengecat kereta. Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4…










