Tidak masuk akal, mustahil Betty jerit tanpa sebab - Erma Fatima

Tidak masuk akal, mustahil Betty jerit tanpa sebab – Erma Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pengarah, Erma Fatima, menyifatkan spekulasi yang mendakwa adiknya, Betty Rahmad, bersikap biadap di sebuah festival di Singapura sebagai tuduhan tidak berasas dan tidak masuk akal.

Erma atau  Fatimah Rahmad Ali, 57, berkata adalah mustahil untuk Betty bertindak sedemikian dan sengaja  mencetuskan ketegangan di booth sebuah acara.

“Saya ada mesej Betty selepas insiden itu tular. Saya cakap, ‘wow, awak sudah terkenal sekarang’. Dia jawab, ‘aku pun tak tahu apa salah aku’.

“Bagi saya, tuduhan itu tidak berasas. Mustahil untuk dia pergi ke booth orang dan menjerit tanpa sebab. Bukan sebab dia adik saya, tetapi secara logiknya perkara itu memang tidak masuk akal.

“Apatah lagi apabila isu ini diperbesarkan seolah-olah satu dosa besar, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan,” katanya.

Erma berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di Serai Hall, KLGCC Mall, di sini, pada Rabu.

Bukan sahaja Betty menjadi sasaran kecaman, malah namanya turut dikaitkan menerusi video tular yang mendakwa dia pernah berkelakuan kurang sopan terhadap individu sama sebelum ini.

“Budak itu saya tidak tahu siapa dan tidak kenal asal-usulnya. Sebab itu saya enggan mengulas panjang. Ada juga yang mencadangkan supaya saya mengambil tindakan undang-undang, tetapi bagi saya ia tidak berbaloi.

“Pada saya, dia tidak setaraf untuk saya bercakap mengenainya. Maaf jika kedengaran kasar, tetapi dia yang sepatutnya belajar adab,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang individu mendakwa Betty bersikap kasar terhadap salah seorang pekerjanya ketika membuka reruai pada sebuah acara di Singapura.

Susulan itu, Betty tampil menafikan dakwaan berkenaan dan mempertahankan diri. Bagaimanapun, pelakon itu tetap memohon maaf bagi mengelakkan salah faham berpanjangan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN