KUANTAN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik Covid-19 dan penutupan terowong bijih timah di Sungai Lembing sejak Februari 2021, dikenal pasti sebagai punca utama pekan bersejarah itu suram sehingga menjejaskan kehadiran pelancong serta ekonomi setempat. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Kuantan, Hani Syazani Kamarudin Arifin berkata, kedua-dua faktor berkenaan berlaku serentak dan memberi impak besar kepada keseluruhan ekosistem pelancongan di kawasan tersebut. Katanya, tidak dinafikan sekatan perjalanan sepanjang PKP…










