Suspek kes rogol ditahan menjelang Aidilfitri - Utusan Malaysia

Suspek kes rogol ditahan menjelang Aidilfitri

WONG KIM WAI (tengah)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan yang dipercayai berlaku di sebuah rumah di daerah ini, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, penahanan suspek dibuat menjelang sambutan Aidilfitri selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenali ketika bersiar-siar di bandar Maran sebelum dibawa ke sebuah rumah.

“Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dirogol suspek dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum menceritakan perkara tersebut kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN