Seorang maut bas ekspres bawa 24 penumpang rempuh pacuan empat roda di Pekan - Utusan Malaysia

Seorang maut bas ekspres bawa 24 penumpang rempuh pacuan empat roda di Pekan

KEADAAN pacuan empat roda selepas dirempuh sebuah bas ekspres sehingga menyebabkan seorang penumpang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kilometer 42, Jalan Pekan-Kuantan di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seorang lelaki warga Thailand maut manakala dua warga tempatan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki dirempuh sebuah bas ekspres dalam kejadian di Persimpangan Lampu Isyarat dekat Kilometer 42, Jalan Pekan-Kuantan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2.53 pagi ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton dalam perjalanan dari Pulau Serai di sini menghala ke Pekan berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Tiba-tiba sebuah bas ekspres yang membawa 24 penumpang datang dari arah belakang dan merempuh kenderaan dinaiki mangsa. Akibat kejadian itu, mangsa, Hosneeamree, 24, yang juga penumpang belakang Mitsubishi Triton disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu Mitsubishi Triton, Muhammad Shafwan Abdullah Aziz, 29, yang juga seorang tentera cedera di perut sementara penumpang hadapan, Mohamad Asri Mohamad Yusoff, 36, bekerja sebagai buruh cedera di kepala.

“Pemandu dan juga kesemua penumpang bas ekspres berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zaidi berkata, dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia juga dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pemandu bas yang cuai semasa memandu sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN