UCAPAN: Kami para pekerja minyak dan gas di Juba, Sudan Selatan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada keluarga tercinta, sanak saudara serta sahabat handai di tanah air.
Walau jauh di perantauan, hati tetap sarat dengan kerinduan terhadap senyuman, pelukan, dan kemeriahan Syawal bersama insan tersayang. Kami memohon kemaafan atas segala kekhilafan, tutur kata yang mungkin menyinggung dan perbuatan yang tidak disengajakan.
Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat kita semua.
NAMA: Dari kiri, Noorazrin, Imamal, Salami, Hazwan, Hanif, Shamsul, Ikhwan, Fauzul, Amjath, Zaim, Wafi dan Nik Khairul.
LOKASI: Juba, Sudan Selatan










