Penjawat awam Pahang dapat Bantuan Khas Kewangan RM1,000 sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Penjawat awam Pahang dapat Bantuan Khas Kewangan RM1,000 sempena Aidilfitri

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2026, RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian bantuan tersebut bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Bantuan khas kewangan ini melibatkan kira-kira 8,000 orang penjawat awam negeri dan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri.

“Kerajaan negeri berharap agar pemberian ini dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, sekali gus memperkukuh usaha memakmurkan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan,” katanya dalam kenyataan di sini. –  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN