Pembangkang gesa Sidang Khas Dewan Rakyat

Pembangkang gesa Sidang Khas Dewan Rakyat

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang menggesa satu Sidang Khas Dewan Rakyat dipanggil bagi membincangkan kesan peperangan antara Israel dan Amerika Syarikat dengan Iran terhadap Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat permintaan itu menerusi surat bertarikh semalam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disalinkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Hamzah berkata, konflik berterusan di Asia Barat mengakibatkan kenaikan mendadak harga minyak mentah dunia dalam tempoh singkat, lantas memberi tekanan kepada pasaran tenaga global.

Katanya, ahli Parlimen embangkang menerima pelbagai bentuk persoalan dan reaksi dalam kalangan rakyat susulan pengumuman Perdana Menteri, semalam.

“Perkara yang dibangkitkan perlu dibincangkan secara komprehensif, dua hala dan telus khususnya dengan mengambil kira kepentingan rakyat serta kedudukan ekonomi negara secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, bagi pihak ahli Dewan Rakyat Blok Pembangkang, saya mengutuskan satu surat rasmi kepada Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan untuk memanggil satu Sidang Khas Dewan Rakyat mengikut Perkara 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam kadar segera,” katanya hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan menye­laraskan kelayakan subsidi pet­rol RON95 menerusi Program Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April, namun mengekalkan harga RM1.99 seliter.

Ia susulan kesan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat terhadap bekalan dan harga tenaga global.

Hamzah berkata, perkara itu wajar dibincangkan secara terbuka dan menyeluruh di Parlimen bagi membina keyakinan rakyat terhadap tahap kesiapsiagaan negara dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, khususnya aspek keterjaminan makanan.

“Permintaan ini mencerminkan komitmen dan harapan kami di Blok Pembangkang untuk bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan negara sentiasa bersiap-siaga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN