KUALA TERENGGANU: Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia mesti dipelihara berlandaskan prinsip keadilan, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan keharmonian kekal terjamin. Ahli Jawatankuasa Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, sejak kebelakangan ini pelbagai isu sensitif berkaitan hubungan kaum dan agama sering timbul serta mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat. Katanya, ia bukan sahaja hangat diperkatakan di media sosial malah menjadi perbahasan dalam arena politik yang berpotensi menimbulkan ketegangan…










