Pakistan tolak rundingan dengan Afghanistan

Pakistan tolak rundingan dengan Afghanistan

SEORANG anggota keselamatan Taliban duduk di atas sebuah Humvee berperisai ketika berkawal berhampiran lintasan sempadan Torkham antara Afghanistan dan Pakistan di wilayah Nangarhar semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pertempuran antara tentera Pakistan dan Taliban di Afghanistan memasuki hari ketiga pada Sabtu selepas pertembungan semalaman, ketika komuniti antarabangsa menyeru rundingan segera bagi menghentikan konflik.

Sebuah jet pejuang Pakistan terhempas di Jalalabad di timur Afghanistan semalam, selepas Islamabad melancarkan serangan udara ke atas sekurang-kurangnya tiga bandar dalam peningkatan pertempuran rentas sempadan.

“Sebuah pesawat pejuang Pakistan ditembak jatuh di daerah keenam bandar Jalalabad, dan juruterbangnya ditangkap hidup-hidup,” kata jurucakap tentera di timur Afghanistan, Wahidullah Mohammadi.

Kementerian Luar Pakistan menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai ‘tidak benar’.

Kementerian Pertahanan Afghanistan turut berkata, ia melaksanakan serangan udara ke atas wilayah Pakistan dalam tempoh dua hari lalu, yang menurut pemerhati mungkin menggunakan dron.

Amerika Syarikat (AS) menyatakan sokongan diplomatik terhadap tindakan Pakistan selepas Islamabad menegaskan tidak akan menghentikan serangan yang bertujuan menekan kerajaan Afghanistan, yang didakwa menyokong militan.

Peningkatan mendadak permusuhan itu turut mencetuskan kebimbangan dari China, Britain, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa.

Islamabad menuduh Taliban menempatkan militan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang didakwanya aktif melancarkan serangan di Pakistan, tuduhan yang dinafikan pihak kumpulan itu.

Kerajaan Taliban menafikan melindungi militan dan jurucakapnya menyeru ‘dialog’ untuk menyelesaikan konflik yang semakin tegang, namun Pakistan pada Sabtu menolak untuk

Pakistan melancarkan serangan udara pada Jumaat ke atas ibu negara Afghanistan, Kabul dan selatan Kandahar, yang merupakan kediaman pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada.

Tindakan itu susulan serangan sempadan yang dimulakan pasukan Afghanistan lewat Khamis, yang menurut kerajaan Taliban adalah sebagai tindak balas kepada serangan Pakistan sebelum ini.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN