Lapan individu mengaku salah lakukan halangan salah, didenda RM500 seorang - Utusan Malaysia

Lapan individu mengaku salah lakukan halangan salah, didenda RM500 seorang

SEBAHAGIAN daripada lapan individu yang didakwa di Mahkamah Majistret di Kuantan, Pahang atas tuduhan melakukan halangan salah terhadap sebuah kenderaan pada 18 Ogos 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lapan individu mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan melakukan halangan salah terhadap sebuah kenderaan pada 18 Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Muhd ‘Izzad Idris, 37; Nik Norhisham Affendi Nik Mohd. Zaini, 41; Amer Aizad Arjunaidi, 37; Muhamad Abdullah Mat Yusof, 37; Mohd. Shahir Nasrun, 46; Hafiz Hafizie Sidek, 31; Saiful Aklam Razak, 40, dan Mohamad Badzli Ishak, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Ellyna Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka pada 18 Ogos 2025, pukul 3 petang, bertempat di hadapan bangunan Persatuan Kwong Siew, Jalan Sungai Lembing, di dalam daerah Kuantan, dengan niat bersama telah menghalang secara salah kenderaan jenis Toyota Camry berwarna putih yang dipandu Hasli Ilham Zulhasli daripada meneruskan perjalanannya.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah seksyen 341 kanun keseksaan dibaca bersama seksyen 34 kanun kanun keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sebulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Ellyna mengarahkan tertuduh membayar denda RM500 setiap seorang atas kesalahan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Wafi Mohd., manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN