PETALING JAYA: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran mengiringi aktivis, Arun Dorasamy yang dihadapkan ke mahkamah merupakan satu penghinaan kepada prinsip pengasingan kuasa. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Mohd. Hafez Sabri berkata, tindakan itu turut menimbulkan persoalan sama ada jawatan yang disandang Kulasegaran mengatasi prosedur polis atau sebaliknya. “Mengapa seorang individu mendapat layanan permaidani merah, sedangkan individu lain diburu sehingga ke peringkat antarabangsa dan…










