BAGAN SERAI: Seorang ibu bersama tiga anak perempuannya hanya bergantung kepada juadah yang disediakan di masjid untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. Puteri Rodhiah Wahid, 40, berkata, dia kini berdepan kekangan kewangan selepas suaminya dipenjarakan sejak Januari lalu yang menyebabkan dia terpaksa bersendirian memikul tanggungjawab menyara keluarga. “Saya bekerja sebagai pekerja kantin di sebuah sekolah dengan pendapatan sekitar RM45 hingga RM50 sehari. “Pendapatan itulah digunakan untuk menampung perbelanjaan harian,…










