PETALING JAYA: Malaysia dan Indonesia menggesa supaya konflik Iran-Israel ketika ini dapat diredakan seterusnya keamanan dapat dicapai. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara pelbagai isu semasa yang dibincangkan beliau bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menerusi panggilan telefon kelmarin. Kata Anwar, sehubungan itu satu pertemuan antara beliau dan Prabowo akan diatur dalam masa terdekat di Jakarta yang antara lain bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.…











