Zakat fitrah di Kelantan RM10 - Utusan Malaysia

Zakat fitrah di Kelantan RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun ini sebanyak RM10 berbanding RM8 sebelumnya.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz bagimanapun berkata, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM22 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Menurutnya, jumlah ketetapan zakat fitrah itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Kadar nisab zakat harta bagi Kelantan tahun ini sebanyak RM37,401 untuk haul antara Ramadan tahun 1447 hijrah hingga Ramadan tahun 1448 hijrah.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal yang dibuka dalam masjid-masjid bandar, masjid-masjid jajahan atau menerusi portal Maik di zakat.e-maik.my,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan berharap semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan tersebut.

“Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan 1447 Hijrah dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat seperti difardukan,” katanya.

Berdasarkan rekod, bayaran zakat fitrah di Kelantan bagi 2025 ditetapkan sebanyak RM8, RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN