Wanita Bangladesh korban baharu virus Nipah

Wanita Bangladesh korban baharu virus Nipah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan seorang wanita meninggal dunia di utara Bangladesh pada Januari selepas dijangkiti virus Nipah.

Kes di Bangladesh direkodkan susulan dua kes virus Nipah dikenal pasti di negara jiran, India, yang mendorong peningkatan saringan di lapangan terbang seluruh Asia.

Menurut WHO, kes di Bangladesh, melibatkan mangsa berumur antara 40 hingga 50 tahun, mengalami simptom yang konsisten dengan virus Nipah pada 21 Januari, termasuk demam dan sakit kepala diikuti hipersaliva, kekeliruan serta sawan.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia seminggu kemudian dan disahkan dijangkiti virus itu sehari selepasnya.

Kes dilaporkan tiada sejarah perjalanan ke luar negara, tetapi didakwa pernah makan nira palma mentah.

WHO berkata, semua 35 kontak rapat mangsa sedang dipantau dan diuji negatif untuk virus tersebut, dengan tiada kes lanjutan dikesan setakat ini.

Virus Nipah adalah jangkitan yang merebak terutama melalui produk tercemar oleh kelawar dijangkiti, seperti buah-buahan. Ia berpotensi membawa maut sehingga 75 peratus kes, tetapi tidak mudah tersebar antara manusia.

Negara-negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Pakistan melaksanakan saringan di lapangan terbang selepas India mengesahkan kes virus ditemukan di Bengal Barat.

WHO berkata, risiko penyebaran penyakit ke peringkat antarabangsa dianggap rendah dan tidak mengesyorkan sebarang sekatan perjalanan atau perdagangan berdasarkan maklumat semasa.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN