WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata pentadbiran beliau tidak berkongsi rancangan ketenteraan dengan sekutu negara Teluk ketika ketegangan dengan Iran semakin memuncak.
“Kami tidak boleh memberitahu mereka rancangan itu. Rancangannya ialah (Iran) bercakap dengan kami, dan kami akan lihat sama ada kami boleh melakukan sesuatu, jika tidak, kami akan lihat apa yang berlaku,” Trump dilaporkan memberitahu seorang wartawan Fox News.
Trump, yang kenyataannya turut disiarkan di platform media sosial X, berkata Washington mempunyai ‘armada besar’ yang menuju ke rantau itu, melebihi kekuatan dikerahkan sebelum operasi ketenteraan AS di Venezuela.
Trump mengakui rundingan dengan Teheran sedang diteruskan, tetapi hasilnya masih tidak menentu.
“Kali terakhir mereka berunding, kami terpaksa mengeluarkan nuklear mereka, tidak berjaya.
“Kemudian kami mengeluarkannya dengan cara yang berbeza, dan kami akan lihat apa yang berlaku,” katanya.
Trump merujuk kepada serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran pada bulan Jun, yang menurutnya ‘memusnahkan’ keupayaan nuklear Iran.- ANADOLU










