KUBANG PASU: Thailand kekal menjadi destinasi pilihan rakyat negara ini untuk bercuti khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan yang bermula semalam. Tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, mendapati kesesakan luar biasa apabila orang ramai mula menghala ke negara jiran itu sejak awal pagi. Difahamkan, kesesakan berlaku seawal pukul 6 pagi sebaik pintu sempadan dibuka kepada pengembara bagi urusan dokumentasi…










