Sultan Pahang santuni enam mangsa kebakaran - Utusan Malaysia

Sultan Pahang santuni enam mangsa kebakaran

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni mangsa kebakaran di Taman Sungai Isap Murni di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Padang dan Taman Sungai Isap Murni di sini.

Dalam kejadian baru-baru ini, enam buah rumah terbakar membabitkan tiga di Kampung Padang dan tiga lagi di Taman Sungai Isap Murni.

Sejurus tiba pukul 11 pagi, baginda mendengar taklimat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan berbincang dengan wakil Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) serta persatuan penduduk bagi memastikan segala bentuk bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Al-Sultan Abdullah turut menyampaikan kurniaan peribadi kepada mangsa dan bertanya khabar di samping memberi kata-kata semangat agar tabah menghadapi dugaan kehilangan tempat tinggal.

Keprihatinan baginda jelas meringankan beban emosi dan keperluan mendesak mangsa, sekali gus memberi kelegaan dan suntikan semangat kepada penduduk yang terjejas.

Sebelum berangkat pulang, baginda turut menyantuni penduduk setempat dan mengurniakan hadiah kepada kanak-kanak yang hadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN