Rumah ibadah haram: Ikut jalur undang-undang - MB Selangor

Rumah ibadah haram: Ikut jalur undang-undang – MB Selangor

Rumah ibadah
AMIRUDIN Shari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Selangor akan menangani isu rumah ibadah yang didirikan di atas tapak tidak sah secara harmoni, namun berlandaskan saluran perundangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menghormati hak penganut agama lain untuk beribadah namun rumah ibadah yang ingin didirikan perlu mengikut lunas perundangan yang ada.

Katanya, Selangor sudah mempunyai sistem tersusun dikenali sebagai Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang kemudian dinamakan semula sebagai Jawatankuasa Rumah Ibadah Lima Agama Selangor (LIMAS).

“Dalam pengalaman sepanjang 15 tahun lepas kita ambil tindakan meruntuhkan dan juga membenarkan mana-mana rumah ibadah yang tak tersusun.

“Itu langkah kita lakukan secara berterusan,” katanya, kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembangunan Ladang Solar Skala Besar 5 (LSSB 5), Projek Solar Skala Besar Bestari, hari ini.

Jelas Amirudin, jawatankuasa itu juga bukan sahaja menangani isu rumah ibadah, tetapi turut bertanggungjawab melibatkan perkara berkaitan tanah perkuburan dan hal ehwal lima agama di negeri ini.

“Yang penting ikut apa yang perdana menteri sebut ikut jalur undang-undang. Kita pun jalur undang-undang. Orang hendak beribadah kita beri ruang tetapi tempatnya kena tempat yang sah,” tegasnya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor memberi kuasa penuh kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk ‘membersihkan’ rumah ibadat tidak sah.

Amirudin berkata, ia akan membantu untuk mempercepatkan langkah dan fungsi PBT agar bertindak lebih aktif dalam menangani isu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN