Remaja berenang 4 jam selamatkan keluarga hilang di laut

Remaja berenang 4 jam selamatkan keluarga hilang di laut

AUSTIN Appelbee (kanan) bersama ibu dan dua adiknya di Gidgegannup, Australia.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berenang selama kira-kira empat jam meredah laut di perairan barat Australia bagi mendapatkan bantuan untuk keluarganya, tindakan yang disifatkan pasukan penyelamat sebagai ‘luar biasa’.

Remaja itu, yang dikenal pasti media tempatan sebagai Austin Appelbee, berjaya berenang sejauh kira-kira empat kilometer selepas ibu bersama dua adiknya dihanyutkan ke laut.

Insiden berlaku pada Jumaat lalu ketika Appelbee keluar berkayak dan bermain papan dayung bersama keluarganya.

Namun, keadaan laut bertukar ganas apabila ombak semakin kuat, menyebabkan papan mereka terbalik dan kayak dipenuhi air, sekali gus menarik mereka semakin jauh ke tengah laut.

“Saya benar-benar takut,” katanya kepada pemberita, sambil menambah dia hanya memikirkan untuk terus bertahan.

Remaja itu berkata, dia pada mulanya berenang ke arah pantai hanya dengan memakai jaket keselamatan, namun kemudian menanggalkannya bagi membolehkan berenang tanpa halangan.

“Saya memang tercungap-cungap, tetapi saya tidak sedar betapa letihnya diri saya.

“Pada masa itu, ombak sangat besar dan saya sudah tidak memakai jaket keselamatan. Jadi saya terus sahaja berenang. Saya berenang gaya dada, gaya bebas dan juga gaya terlentang untuk bertahan,” katanya.

Apabila tiba di pantai, remaja itu menghubungi perkhidmatan kecemasan dan meminta mereka menghantar bot, helikopter serta kapal terbang.

Sukarelawan penyelamat marin, Paul Bresland, berkata tindakan berani Appelbee menyelamatkan keluarganya, yang ditemui berpaut pada papan dayung di tengah laut berhampiran bandar pelancongan Quindalup.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN