Rakyat Filipina 'dihimpit' ekonomi paling lemah

Rakyat Filipina ‘dihimpit’ ekonomi paling lemah

EKONOMI Filipina hanya berkembang 3.0 peratus pada Oktober hingga Disember 2025.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Rakyat Filipina semakin bimbang terhadap masa depan mereka selepas negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling lemah dalam 15 tahun, sekali gus meningkatkan tekanan kos sara hidup.

Fatima Macud, 52, berkata walaupun gajinya kini meningkat kepada 45,000 peso (RM2,005) sebulan, dia masih tidak mampu menabung kerana bergelut kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

“Gaji saya meningkat, tetapi kos sara hidup di bandar juga meningkat. Sekarang hampir tidak cukup untuk keperluan asas,” katanya kepada Arab News.

Data rasmi daripada Pihak Berkuasa Statistik Filipina menunjukkan ekonomi negara hanya berkembang 3.0 peratus pada Oktober hingga Disember 2025, berbanding 5.3 peratus pada tempoh sama tahun sebelumnya, kadar pertumbuhan paling lemah sejak lebih sedekad, di luar tempoh pandemik.

Pertumbuhan sepanjang tahun 2025 kekal pada 4.4 peratus, lebih rendah berbanding 5.7 peratus pada 2024 dan di bawah sasaran semakain semula kerajaan iaitu sekurang-kurangnya 4.8 peratus.

Setiausaha Perancangan Ekonomi, Arsenio Balisacan berkata, angka itu berpunca daripada beberapa faktor, termasuk cuaca dan gangguan berkaitan iklim serta skandal rasuah kawalan banjir.

Namun bagi rakyat Filipina, kebimbangan lebih tertumpu kepada kehidupan seharian mereka, dengan keadaan ekonomi menimbulkan ketakutan mengenai masa depan.

“Ia membuat saya risau tentang masa depan keluarga saya,” kata seorang pekerja di Manila, Olga Resureccion, 52.

Bagi pemilik restoran di Bandar Cebu, John Paul Maunes, kelembapan ekonomi memberi tekanan terhadap perniagaannya, dengan kos bekalan, cukai serta permit kerajaan yang meningkat.

“Kami tidak boleh menaikkan harga sesuka hati kerana takut hilang pelanggan, pada masa sama bergelut mengatasi kenaikan harga barangan, permit dan cukai kerajaan setiap tahun,” katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN