PONTIAN: Gangguan bekalan air di lima mukim di daerah ini termasuk Simpang Renggam sejak minggu lalu berpunca daripada penyusutan paras sumber air mentah akibat kemarau berpanjangan dan bukannya disebabkan pembinaan pusat data. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, Simpang Renggam dan Benut bukan lokasi pembangunan pusat data, malah tiada pusat data menerima bekalan air di kawasan berkenaan. Menurutnya, walaupun hujan mula turun sejak…










