MARAN: Seorang pelajar tingkatan empat dari Felda Melati Jengka 11 di sini, mencetuskan fenomena di ruang digital apabila rakaman persembahan gitarnya di TikTok meraih purata sekitar dua juta tontonan bagi setiap video. Malah, terdapat videonya melonjak sehingga 27 juta tontonan sekali gus menggegar laman For You Page (FYP). Pemilik akaun TikTok @aimangitar254 atau nama sebenarnya, Aiman Danish Iskandar Mohd. Khairul Izuan, 16, kini semakin menjadi sebutan dalam kalangan peminat muzik…










